I Have A Baby Face~?!

Jyeahh. Blog Hana ini sudah jadi caca marba lah sayang~ -gelak-
Tajuk entry bahasa inggeris, tapi kandungan entry ditaip dalam bahasa melayu.
Memperkasakan kedua bahasa lah sangat =='
Dah. Enough of this nonsense lah Hana~!

Betul~ Memang Hana sendiri pun tak sangka Hana ini baby faced dek kerana orang selalu kata muka Hana matang.
Insiden ini berlaku pada hari Rabu (dimana Hana dengan bestie Hana, Syafiqah) stayback di sekolah sampai pukul 4. Kata je nak study tapi study kejap je lepas tu melarat sembang~ xDD
Ketika sedang asyik leka bersembang, dua orang budak perempuan (budak form 3) bertanyakan, "Adik, adik ada kalkulator ke?" 
Hana pun pandang budak tersebut dengan penuh hairan, 'Dia tak tahu ke yang aku ni senior dia?' kata hati Hana.
Hana pun menjawab, "Akak ini form 4 lah"
"Boleh tak saya pinjam kalkulator akak sekejap? Nanti saya pulangkan" budak itu bertanya.
'Nampak sangatlah kau tertinggal kalkulator. Dahlah exam nak mula' (Pada masa itu mereka akan menjawab kertas geografi)
Hana pandang muka budak itu dengan rasa berat hati, kerana jika hana tidak memberi pinjam, ia akan sedikit sebanyak jejas keputusan dia. Jikalau Hana memberi pinjam, Hana risau kalau kalkulator Hana hilang (dan Hana malas nak beli kalkulator baru sebab dah guna lama)
Nak dekat 2~3 minit baru Hana memutuskan untuk meminjamkan kalkulator Hana kepada budak tersebut. "Jaga kalkulator akak baik-baik tau" , Hana mengingatkan budak tersebut.
Budak tersebut pun berkata "Ya" dan senyum kepada Hana tanda dia akan menjaga kalkulator Hana dengan baik.

. . . 

Sebelum insiden ini berlaku, Hana dengan Syafiqah sedang melepak di pondok berhampiran dengan dewan terbuka. Lagi kami sedang leka bersembang, cikgu Hazmir (ketua kepada unit pengawas dan merupakan guru disiplin sekolah Hana) tegur kami berdua. "Apesal kamu masih duduk lagi? Tak jawab periksa ke?"
Hana dan Syafiqah pun saling berpandangan. Timbul senyuman di muka Hana. 
"Cikgu, kami pelajar form 4 lah" , Hana membalas.
"Tengok name tag ini cikgu" kata Syafiqah sambil menunjuk name tag pelajar form 4 yang berwarna kuning kehijauan. (Masa tu Hana tak pakai name tag sebab Hana pakai pakaian unit beruniform Hana, iaitu Puteri Islam~! Dah kantoi dah kan? Takpelah, sekurang-kurangnya pembaca diluar sana dah tahu unit beruniform Hana. Tapi tahun depan nanti Hana nak tukar unit beruniform Hana)

Kira memang Hana tak sangka yang mereka memandang Hana sebagai budak, dan lebih-lebih lagi sebagai seorang yang baby faced. Ngee~ Memang gembira tahap gaban bila tahu perkara tu (eh, nampak sangat BM Hana teruk) xDD
Takpelah, sampai di sini sahaja entry kita pada kali ini.

P.S: Hana semakin rajin update blog. Bila exam week nanti Hana dah tak update (melainkan kalau ada cerita yang berbaloi untuk masuk dalam blog Hana)
Dengar paper fizik (subjek kegemaran Hana) susah. Haish~ Takpelah, kan ada MOZEK. Boleh buat banyak latihan dan insya'Allah boleh dapat A. Kalau A+ tu tinggi sangat.

Labels:

All content found on this blog © Yourname unless otherwise stated.
Layout codes by Fiffy. Sidebar Hover Eff by: Eoedesigns Image Hover Eff by: Janani Pixels by: pixeldiary.
Breath
Even if it’s a sigh, I’m thankful of my breath