Aduhai~

Hana hari ni tak pergi sekolah dek kerana pening (alasan) , tekak (alasan) dan tak siap lagi Kerja Khusus Akaun. Memang pening kepala hana nak buat perancangan perniagaan (padahal bukannya susah pun) =,='
Tapi entah megapa hana rasa pening + pusing kepala hana, off and on migraine datang~
Entah kenapa sejak belakangan ini hana makin lama makin rasa lemah (sebab pening) , agak-agak ini petanda ke?

Wallahu'alam. Itu hana tak tahu, tapi memang hana rasa lemah je sejak sakit baru-baru ini~
Berbalik kepada akaun, tu lah, siapa suruh tak jumpa cikgu? Tak pasal-pasal jejas gred hana nanti (salah sendiri juga) Aduhai. Apa nak jadi dengan engkau ini hana?
Harap-harap lah nanti ada orang sudi membantu hana siapkan kerja akaun tu nanti. Memang hana sekarang tak tahu nak buat apa, nak minta tolong diorang pun, kawan-kawan hana semua di sekolah sekarang, cuma hana je terperap dengan kepala berserabut dekat rumah~

Mahu tak mahu, hana kena sabar. Salah hana juga sebab tak jumpa cikgu dengan tanya kawan-kawan hana. Tengok sekarang, padan muka engkau hana.
Dahlah hana 7 kali hana tak datang, kalau 3 kali lagi tak datang, memang pecah rekod lah hana nanti. Tak pasal-pasal dapat amaran pertama~~ T.T
Lagi jejas rekod hana sebagai pelajar (hancurlah harapan hana nak masuk senarai pelajar cemerlang dengan senarai pelajar target) nanti buat malu je~ *tutup muka*

Memang hana jadikan blog hana ini sebagai tempat luahan hati, jadi siapa yang kisah kalau hana taip luahan hati hana?
Sebab hana tak boleh bercakap sangat, hana jadikan blog sebagai medium hana untuk melepaskan tekanan dan luahan hati hana~

Nak ikutkan hati, hana nak post benda lain (lagi?) tapi dah menyimpang jauh dah~
Takpelah, kan ada masa lain lagi~ (bila?) Entahlah, tengoklah kalau hana masih hidup lagi atau ada masa lapang (biarpun hana tahu takkan adanya masa lapang)

Sebenarnya semalam (selasa) , hana pergi sekolah, sebab hari isnin tu hana tak hadir (sebab sakit) . Memang rindu sangat hana nak pergi sekolah.
Jadi nak di pendekkan cerita, masa tengah buat latihan math mode, petak dok sembang dengan hana (entah napa dia tetiba dok sebelah masa tu)
Ikutilah perbualan yang telah mencuit hati hana di bawah~ :DD (wahh, hana dah senyum eh?) xD
Dah, sebab ada individu yang telah membuat hana senyum. (faham-faham jelah siapa tuan punya badan itu)

Izwan : Hana, jom lah kita pergi McD.
Hana : *terdiam sebentar* . Aizat, petak ajak hana pergi McD. Boleh ke?
Hilmi : Tak boleh~
Izwan : Apesal pula tak boleh? Hang pun boleh pergi kalau hang nak.
(( lepas tu hana pun dah lupa perbualan antara dua jejaka tu, sebab sok khusyuk buat math mode ))

Memang tersenyum bila hana ingat balik perbualan diorang tu semalam :))
Selamba je encik Hilmi Aizat kita kata tak boleh <33
Teehee, terima kasih kerana buat hana senyum dan sudi menerima hana seadanya.
Aduhai, nak dekat semua post hana mesti ada mention Mr. Gentlemen hana tuu. (nampak sangat ke yang hana ini dilamun cinta? xDD)
Ehh~ hana tak bagi salam pun tadi. X_X
Sabar ajelah~
Hana sudahi dengan Assalamualaikum WBT dan salam sayang kepada sesiapa yang telah follow blog hana dan yang sudi baca post hana :D

Labels:

All content found on this blog © Yourname unless otherwise stated.
Layout codes by Fiffy. Sidebar Hover Eff by: Eoedesigns Image Hover Eff by: Janani Pixels by: pixeldiary.
Breath
Even if it’s a sigh, I’m thankful of my breath