Majlis Perkahwinan.

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia semua~! :DD

Semalam Hana ada menghadiri majlis perkahwinan (anak kawan mak Hana yang kahwin) , pergi seawal pukul 11 pula tu~ =.= (dahlah mak Hana ini sangat menepati masa
Nak dijadikan cerita, masa mengahadiri majlis perkahwinan anak Mak Cik Jamaliah, memang Hana dengak mak Hana tak kenal sangat pun orang. Tapi itu bukan penghalang untuk bersembang bukan? Jadi mak Hana pun sembanglah dengan makcik sorang tu, Hana pun sorang je lah (mesej kawan pun diorang tak balas)

Tadaa~! 


Lawa tak? Memang hana dengan mak hana dah lama dok admire pelamin tu (bak kata tak kenal, maka tak cinta lah) xDD -eh, dah datang mod merapu Cik Hana kita~ =,='
Dahlah guna fresh flowers pula tu, memang terserlah 'kecantikan' pelamin tersebut.
 Bila nampak je pelamin tadi, mak hana kata "So beautiful" 
jadi hana pun membalas, "It's simple, yet elegant" lepas tu pun mak hana mengangguk tanda setuju.
Hana suka sangat reka bentuk pelamin tu sampaikan hana nak pelamin camtu masa hana kahwin nanti (cewah, kahwinnya lama lagi tapi sekarang dah dok berangan dah) -hey~! A girl can dream right? :))

Rupanya hana dapat tahu, pengantin sendiri yang design pelamin (hasil dari memasang telinga perbualan mama dengan makcik tu).
Sampai masa untuk makan, hana memang makan sakan lah (nampak sangat orang tengah lapar masa tu) , sampai tahap hana nak tambah nasi pun tak jadi (dek kerana malu tak bertempat)
Akhir cerita, hana tak tambah nasi pun. Hanya mama je yang tambah lauk~
Tapi memang tak dinafikan, biarpun keluarga pengantin perempuan megenakan tema yang serba ringkas, tapi semuanya LAWA. Hinggakan menu makanan pun ringkas, tapi sedap~ :DD

Sebenarnya ada lagi insiden hana nak cerita tapi dek kerana hana tak berapa larat nak taip lagi, maka terbantutlah niat hana~ :DD
Nanti hana cerita kat Schnitzle tau apa terjadi lagi petang tu (insiden dekat 7Eleven)

Sampai di sini sahaja warkah hana pada petang ini (yang sepatutnya di post semalam tetapi kerja sejarah dan addmath  berlambak yang menjadi penghalang)

Wassalam.

Labels:

All content found on this blog © Yourname unless otherwise stated.
Layout codes by Fiffy. Sidebar Hover Eff by: Eoedesigns Image Hover Eff by: Janani Pixels by: pixeldiary.
Breath
Even if it’s a sigh, I’m thankful of my breath