Double The Work, Double The Madness.

Assalamualaikum WBT.
Haa~ dah lama hana tak update blog kan? (padahal baru beberapa hari lepas je) =="
Mesti pembaca blog hana hairan kenapa tajuk post hana sebegitu bukan?
Sebelum hana memberitahu jawapannya, hana nak inform kat pembaca blog hana bahawa musim periksa sekarang dah semakin dekat. Dahlah PMR minggu depan, lepas tu giliran kami pula (batch form 4) ada End Of Year Exam. Peghh~
Dahlah periksa nak dekat, makin banyak kerja yang cikgu bagi. Kalau dikenang, memang jadi berserabut kepala hana dibuatnya (dahlah kena menghadap dengan soalan sejarah yang berlambak tu)
Sememang itulah jawapan hana kepada persoalan kita tadi.
Kalau nak di ikutkan, banyak sangat nak buat untuk siapkan dan hantar tugasan pada minggu hadapan. Lagi-lagi nak sambut birthday Daddy Show Chet (guru kelas hana) isnin nanti.
Kyaaa~! Rasa macam nak jerit biar satu dunia dengar je. Memang berlambak sangat kerja cikgu bagi, hana cuma risau kalau-kalau hana tak sempat buat persiapan untuk periksa akhir tahun je.
Tak pasal-pasal nanti hana malukan diri hana (sebab memperoleh keputusan yang makin lama makin teruk) dengan hancur lah harapan hana untuk masuk senarai target pelajar SPM nanti :'(
Huuuu~ Memang sedih + berserabut = Nak jadi gila dibuatnya.
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini dengan hati yang tenang dan terbuka. Amin.

Insya'Allah kalau dapat hana sempat menghabiskan kerja rumah disamping sempat membuat persiapan terakhir (dan saat akhir) untuk periksa nanti. Hee, ahad nanti hana pergi taiping (ada kenduri) dan esok hari sabtu, hana teman mama pergi dating lagi (amboihh cik Hana, kerap sangat kamu berdating dengan mama ini kenapa?) Ehh, salah ke orang dating dengan mama orang? Ada kau kisah~? xP
Ihh, lantaklah. Janji kerja siap lepas tu baru boleh buat preparation untuk periksa nanti :)
(sebab tak sabar nak buat latihan fizik, nanti hari pertama periksa kena jawab fizik kertas 3)
When there's a will, there's a way
--You can do it hana~! FIGHTING~!

Labels:

All content found on this blog © Yourname unless otherwise stated.
Layout codes by Fiffy. Sidebar Hover Eff by: Eoedesigns Image Hover Eff by: Janani Pixels by: pixeldiary.
Breath
Even if it’s a sigh, I’m thankful of my breath