Sudahlah~!
Assalamualaikum.
Mesti para permbaca di luar sana tertanya, "adakah Hana marah akan seseorang?" (apabila melihat tajuk entry kali ini) . Nak tahu tak~?
Secara jujurnya tak. Tapi Hana cuma geram. Geram sebab ada individu mengaitkan Hana dengan budak setan tu. (Kawan Hana yang panggil dia Setan, Hana ikut je) xD
Lagipun kalau Hana tak suka sebut nama dia, tak pasal-pasal nanti ada individu yang dengar dan sebarkan benda ini (yang memang tidak sah kesahihannya) kepada empunya badan. Nanti habislah Hana.
Ok~ Dari mana hendak mula~?
Secara jujur ini merupakan skandal yang tidak betul. Serius lah, dia pun tak kenal Hana, dan Hana pun tak kenal dia. Bagaimana ia boleh terjadi bukan? Nampak sangat kawan Hana tu tidak mahu di kaitkan dengan budak tersebut. Apatah lagi Hana yang tidak bersalah ini. -gelak-
Hana namakan budak itu Hakim. Sebenarnya ada lagi nama depan dia, tetapi Hana tidak mahu panggil dia dengan nama depan Hakim (nanti pecahlah tembelang)
Cerita ini bermula apabila rakan Hana (mereka tu kawan baik Hana) terjumpa satu bangku yang 'unik' (unik lah sangat) xP
Kenapa Hana kata unik? Sebab terdapat tulisan yang sangat jelas yang menampakkan 'Sam <3 Hana' . "Apa kaitan Hana dengan Sam?" . Para pembaca semua, Sam itu adalah Hakim. Hana lebih suka memanggil dia Hakim daripada Sam. Sebab rakan-rakan Hakim memanggilnya Sam (kira Sam tu nama glamour dia lah)
Selepas itu kawan Hana pun berkata (seakan-akan beginilah kawan Hana kata), "Hah Hana, sejak bila kamu ada skandal dengan dia?"
Hana membalas, "Wei, kita tak ada skandal dengan dia lah~!" , memang geram pun ada juga (sebab mereka asyik dok mengait Hana dengan dia)
"Eh, jangan nak tipulah. Kalau tak, kenapa boleh ada tu?" jawab rakan Hana.
"Manalah orang tahu~! Lagipun kita tak kenal dia lah, dan dia pun tak kenal kita" , Hana membalas.
Selepas itu, mereka berdua asyik bercakap tentang Hana dengan Hakim dari keluar makmal fizik sampailah ke kelas (boleh bayangkan tak makmal fizik kat bawah dan kelas Hana berada di tingkat 3, alangkah seksanya mereka dok asyik cakap benda tu je)
Dan di sini bermulanya never ending story tentang mamat yang bernama Hakim tersebut.
Seorang kawan Hana tu dok beria kata "Hakim sukakan kamu, Hakim sukakan kamu"
Hana pandang dia dengan penuh hairan, "Kamu~ Macam mana kamu tahu dia suka dia ataupun tidak?"
"Sebab cara dia pandang kamu"
Tersentap Hana mendengar. Sebab baru Hana perasan apabila kami berselisih, Hakim seakan-akan senyum dan pandang ke bawah (senyum malu ke?) apabila Hana berada di sebelah ketika berselisih.
"Eh, mana mungkinlah.Lagipun, bukan Hakim tu dah ada girlfriend ke?"
"Yelah tu, kalau dia ada kenapa dia begitu terhadap kamu?" , memang kawan Hana itu tak nak kalah. Bab-bab berdebat dan bergaduh memang dia tak nak kalah pun~ xDD
. . .
Dan ternyata apa yang Hana sangkakan itu adalah betul. Hakim tu dah ada girlfriend lah sayang. Memang Hana gembira bagai nak rak bila mendengar hal tersebut (satu fakta : bukan Hana dengar dia ada girlfriend, tetapi, Hana tahu siapa empunya diri yang di maksudkan dengan 'Sam <3 Hana' tersebut). Yang pastinya, bukan empunya blog ini ya (bukan saya Hana Najwa tetapi seseorang yang Hana takkan namakan sekarang) sebab nanti Hana bagi spoiler lah. Lagipun kalau misal kata benda itu betul, hana masih ada boyfiee Hana tu. Mana nak letak H i l m i A i z a t tu~? x) (Aizat, jangan marah tau, Hana gurau je)
Akhir kata, korang boleh berhenti megaitkan Hana dengan Hakim? Sebab korang dok sebarkan fakta yang tidak betul. Harap maklum.
Guys, I have proof that I'm not the Hana he's with~! But I won't tell you guys who she is
Sampai di sini sahaja entry Hana pada malam ini. Esok ada farewell party untuk pengetua Hana.
Mudah-mudah, peengetua baru setanding baik atau lebih baik (supaya dapat menjadikan SMKT sekolah yang jauh lebih baik) berbanding pengetua sekarang. Amin.
Harap Hana telah menjawab persoalan yang sentiasa berlegar di fikiran para pembaca sekalian.
Jumpa lagi~! -lambai-
Untukmu Selamanya,
H a n a N a j w a :)
Labels: What The Heart Says