Hello~

Assalamualaikum~ -lambai-
Malam ini Hana nak share satu lagu dengan para pembaca semua. Minta maaf kerana sudah lama Hana tidak pos benda yang mendatangkan faedah belakangan ini. Kalau Hana ada material yang sesuai, insya'Allah Hana akan pos di blog Hana ini :)

Tajuk pos Hana pada malam ini berkait rapat dengan sebuah lagu korea. Maklumlah, tuan punya blog ini adalah peminat K-POP. Dari lagu, hinggalah ke drama dan ke wayang. Hana juga meminati budaya dan fesyen mereka (mula dah Hana merapu) xDD

Kebetulan Hana ini memang minat dengan lagu-lagu ballad, dan juga R&B. Playlist Hana dipenuhi dengan lagu korea yang bergenre tersebut. Ok, highlight pos Hana ini tentang lagu Hello nyanyian Huh Gak. Mula-mula Hana dengar lagu itu di KBS World dan terus Hana suka~
Jadi Hana pun carilah maksud lagu tersebut di internet dan ternyata...ternyata lagu itu merupakan lagu sedih. Dah tengok MV pun sedih, mana tak lagu pun sedih~?
Lebih-lebih lagi pelakon dalam MV tersebut memainkan peranan penting. Tak pasal-pasal Hana ingat MV lagu itu dari wayang =='

Kalau nak tahu apa yang Hana maksudkan, silalah dengar lagu ini.
P.S: Junhyung dari BEAST ada berlakon dalam MV ini. Hoot~ <3


Selamat mendengar~! :DD

Labels:

All content found on this blog © Yourname unless otherwise stated.
Layout codes by Fiffy. Sidebar Hover Eff by: Eoedesigns Image Hover Eff by: Janani Pixels by: pixeldiary.
Breath
Even if it’s a sigh, I’m thankful of my breath