On A Rainy Day : Ketika Cinta Bertasbih
Selamat Pagi~! :DD
Pagi ini takde sunshine lahh, selalunya ade. Tapi hari ini takde. Kalau tak, mesti ada orang selalu wish Hana "Good Morning Sunshine~!" .
Mungkin sebab Hana rindukan sunshine kot. Dah lama Hana nak post benda ni, baru hari ini dapat.
Begini ceritanya (hujan hujan macam ni pun cik Hana kita sempat lagi berblogging lagi kan?) xDD
Mama Hana ini peminat cerita Indonesia. Memang minat sangat tapi yang hairannya anak dia tak minat pula. Ei, secara jujurnya Hana memang tak suka sebab jalan cerita sinetron yang semua hampir sama je dan banyak lagi faktor yan membuatkan Hana tak minat.
Mama minat sangat dengan sinetron sampai dok langgan astro pek pelangi tuu~ =='
Aduhai, mama mama. Apa nak buat~? Dah mama yang langgan. Nanti mama langgan One tauu? Sayang mama~! <33
Nak membodek pun tak boleh, takpelah Hana boleh hidup jugak tanpa channel One tu. Bukannya penting sangat pun~
Baru sekarang Hana tahu kenapa mama dok langgan pakej pelangi tu, kerana cerita Ketika Cinta Bertasbih tu lahh. Mula mula Hana buat tak tahu je, lantak mama lah kan nak minat cerita indon tu.
Tapi bila Hana join mama tonton cerita tu petang, Hana pun ter-the-kena virus tu -gelak-
Baru sekarang Hana faham lah sesangat (sori sebab guna bahasa pasar, malas nak tulis pepanjang ni) . Migraine sekarang tengah serang Hana, sebab tu malas nak taip panjang2. Kalau pengsan depan komputer nanti, mama juga yang susah~
Dan Hana taknak susahkan mama lagi, cukuplah apa yang dilalui mama sekarang buat mama sedih jangankan Hana pun jadi punca dia sedih kan? :')
Hana sayang sangat kat mama, sampai Hana selalu doakan agar panjang umur. Biar mama tengok Hana kahwin dan ada anak dulu barulah mama pergi. At least mama dah happy kan?
Sampaikan pernah sekali Hana mimpi mama meninggal. Memang bangun je dari tidur, Hana menangis puas2, risau kalau misal kata mimpi tu membawa petanda.
Bila Hana ceritakan kat mama, mama gelak dan berkata "Itu mimpi je sayang. Kalau misal kata mama nak pergi pun, tu memang dah ajal mama"
Lagi lah tak membantu, Hana pun terus layan je perasaan Hana tu. Ehh, Hana rasa post Hana pagi ni merangkumi 2 post lahh. Jyeahh~! 2 in 1 lah ni :)
Takpelah, korang semua kena layanlah Hana merapu kan?
Yelah, kalau mama takde. Hana mesti kena duduk dengan daddy~
And I don't like it~! Infact, I hate it~!
Taknak, langkah mayat Hana pun Hana taknak duduk dengan daddy.
Kenapa~? Sebab memang Hana taknak.
Hana tak suka, kalau Hana duduk dengan daddy pun. Hana mesti kena tinggal sensorang kat rumah, lebih kurang jelah. Rela lagi Hana duduk sensorang kat rumah di Ipoh daripada duduk dengan daddy kat Sabah.
Ok, dah dah. Malas nak cakap pasal family matters.
Memang Hana dah minat kat cerita tu sampai nak dekat setiap petang Hana join mama tonton cerita tu. Sebab plot cerita yang mantap dan banyak menyelitkan unsur keagamaan membuatkan Hana tertarik sangat.
Berbanding dengan sinetron yang lain dengan cerita cinta sahaja. Nak muak dibuatnya~
Bluekk. Ihh, dah lah. Rasa memang nak muntah pun ada. Kalau muntah depan komputer nanti susah pula =='
Memang best kot cerita tu. Dahlah dengan lakonan barisan pelakon memantapkan cerita, lepas tu cerita tu dipenuhi cast yang mantap bebenornya.
Nak tahu satu fakta tak~? Hana suka sangat dengan nama karakter Andi Arsyil Rahman yang bernama Furqaan Andi Hassan. Pendek kata Hana suka sangat nama Furqaan tu.
Hee, pecah tembelang Hana~ xDD
Dahlah hemshem. Lagi satu, Hana minat sangat Mas Azam~ :33
Ngee, hemshem kot karakter Abdullah Khairul Azam tu. Sampaikan ada kawan Hana kata, "sedapnya nama dia" . Hana sambil tersenyum membalas, "tahu tak mengape"
Tapi yang tak bestnya Hana tak sempat nak tengok ending dia. Memang sedih tahap gaban~
Mama kata Uztaz Ilyas (lakonan Dude Harlino) berkahwin dengan Husna (lakonan Deddy Mizwar) .
Kyaa~! Memang happy ending tapi Hana tak tengok pun~
Takpe, nanti Hana serbu youtube.
Sampai di sini sahaja coretan Hana.
P.S : Minta maaf kalau korang tak boleh bagi feedback sebab chatbox Hana rosak, Hana pun tak tahu camner nak betulkan balik benda tu~
Minta maaf.
Labels: What The Heart Says