Tell Me Goodbye, Tell Me Goodbye.
Sori sebab tak bagi salam. Aish, nanti orang ingat Hana tak beradab pula kan~?
Ok. Assalamualaikum dan Salam Sayang kepada para pembaca semua~
Hana sebenarnya dah lama nak inform korang pasal ni. Cuma Hana je gedik benar tak post benda Allah ni.
So where should I start~? Umm, korang semua tahu kan yang Hana sayang sangat kat korang~?
Pertama sekali, Hana nak minta maaf sekiranya terdapat tersilap kata (al maklumlah, mulut Hana ni takde insurans) kadang2 Hana tak sedar Hana cakap melepas. Dan jika ada perbuatan Hana yang membuatkan korang kecil hati, Hana nak minta maaf sangat2. Hana bukannya ada niat nak buat korang rasa camtu.
Terpulang kepada korang lah nak maafkan Hana ke tak sebab Hana dah minta maaf kat korang.
Cuma Hana risau je jikalau ada individu yang tak maafkan Hana, nanti susah Hana nak jalan.
Hana tahu Hana ni kadangkala gedik sikit, kadang2 kalau ada yang tak kena pada mata Hana, Hana suka voice out pendapat Hana. Bukannya Hana sengajakan benda tu, cuma that's just who I am. Hana tak suka berselindung. Kecuali dalam hal2 tertentu yang korang patut tak tau.
Minta maaf tauu.
Dan lagi satu, Hana nak bagitau yang kali ini mungkin kali terakhir Hana blogging. Sebab dek kerana result end of year exam Hana hancur, mama nak tarik internet Hana. Serius teruk giler babi result Hana, sampaikan 2 subjek gagal. 3 kot kalau fizik pun kira sekali~
So 3 subjek Hana gagal (padan muke engkau Hana)
Sape suruh tak dengar cakap mama, tu lah kau dok main je. Inilah bahananya~
Memang padan dengan muka engkaulah Hana, cuba kalau kau dengar cakap mama, for sure internet takkan kena tarik.
Kemungkinan esok mama akan tarik internet Hana sebab esok kan ade program ambil duit seratus ringgit tu, for sure mama akan tanye pasal result hancur Hana tu~
So, I gotta prepare for the worse lahh. Konfem SLR Canon takkan dapat punye (sebab mama janji ngan Hana kalau result Hana bagus, dia nak belikan SLR Canon untuk Hana)
Memang takkan dapat punye lahh~
So, I've stopped hoping for the silly things I could never get.
BTW, Hana sekarang nak prepare untuk delete semua account fb (even RP) ngan blog Hana ni.
Hana tau nanti Hana akan lost contact dengan budak RPFS yang Hana sayang ngan member2 yang lain.
P.S: Hana sayang korang~! :'DD
Labels: What The Heart Says